Categories
Price Range
Manufacturers
Themes

    Cara Mudah untuk Orang Gemuk Pakai Baju Nampak Sado

    baju orang gemuk untuk sado

     
    Selalunya tengok tips fesyen mesti untuk wanita, nak nampak ramping, nak nampak feminine, match dengan make up dan lain-lain. Tips untuk para jejaka memang limited di luar sana. Tapi artikel hari ini bukan sahaja khas untuk jejaka tetapi lebih spesifik lagi, untuk jejaka yang memakai kategori baju orang gemuk dan nak nampak sado.

    Selalunya lelaki badan besar ni suka ‘sembunyikan’ badan mereka dengan memakai pakaian yang lebih besar dari yang sepatutnya. Sembunyi spare tyre katanya. Lepas hari ini anda boleh berhenti sembunyi dan mula bergaya  dengan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda, dan nampak lebih kemas dan sado juga.


    Siluet V idaman

    Seperti yang sering dibincagkan di kalangan wanita tentang jenis bentuk badan, lelaki pun ada beberapa jenis bentuk badan tersendiri. 5 jenis yang sering ada adalah; 

    • Oval
    • Segi empat tepat
    • Segi tiga
    • Rombus
    • Segi tiga terbalik.

    Apabila anda memilih pakaian, ingat untuk memilih baju yang boleh menampakkan bentuk badan V- ini bermakna bahu yang bidang dan sedikit ramping di pinggang. Jika anda berbadan oval (bidang dan pinggul agak kecil berbanding perut) pilih lah potongan yang longgar di bahu, sedikit tirus tetapi cukup longgar di perut bagi menampakkan bentuk dan bidang bahu. Baju yang tiada bentuk potongan akan membuatkan anda kelihatan bulat, sama rata. Selain daripada itu, corak baju garis tegak sangat sesuai untuk orang berbadan oval bagi mencipta ilusi badan yang lurus dan terus ke bawah dan tidak menampakkan perut. 

     

    Seluar berpinggang tinggi

    Selalu nampak orang pakai seluar dibawah perut  kerana tidak mahu nampak lipatan perut. Sebenarnya ini adalah kesilapan besar, sebenarnya pilihan potongan dan saiz seluar sangat penting bagi jejaka saiz besar. Seluar yang betul saiznya tidak sepatutnya ketat sehingga menampakkan lipatan perut. Apabila seluar dipakai pada tinggi pinggangya ia akan menampakkan pinggang dan sembunyikan perut didalam seluar tanpa apa-apa lipatan yang jelas. Tak semua seluar direka sama, seluar untuk orang gemuk sering dereka sedikit berbeza untuk keselesaan dan gaya yang sesuai untuk jejaka saiz besar.

     

    Lipat masuk baju

    Cara paling mudah untuk nampak lebih sado dan kemas adalah melipat masuk baju ke dalam seluar. Apabila baju dilipat masuk ia mengemas apa-apa lebihan baju dan lebih menampakkan siluet V pemakai. Walau bagaimana pun sering kali kategori baju orang gemuk direka untuk memenuhi kelebaran badan tetapi singkat dan menghalang pemakai untuk memasukkan lebihan baju ke dalam seluar.  Jadi pastikan anda sudah mencuba baju sebelum membayar di kaunter, ataupun tahu ukuran baju jika anda beli online.

     

    Gosok baju- bagi nampak garis

    Tiada ‘shortcut’ untuk nampak segak. Secara tidak langsung bentuk badan jejaka saiz besar adalah bulat. Baju dan seluar yang digosok boleh menampakkan garis lipatan yang tajam dan lurus. Sering dikenal sebagai ‘side’, garis ini mengacau secara visual dan mengurangkan siluet bulat  dengan mengalihkan fokus garis tajam daripada bentuk badan overal pemakai.

     

    Aksesori yang sesuai

    Jika anda perasan aksesori lelaki sering lebih besar dari aksesori wanita. Ini kerana secara am nya saiz lelaki lebih besar dari wanita. ‘Trick’ ini boleh dipakai juga untuk pemakaian baju orang gemuk. Anda boleh memilih untuk memakai tali pinggang yang lebih tebal atau pun tali leher yang lebah lebar. Bagaimana ini berlaku? Apabila objek saiz biasa diletakkan di sebelah objek yang sangat kecil, secara komparatif objek biasa akan nampak sangat besar. Ini berlaku kerana mata manusia sudah dilatih untuk membezakan ataupun membandingkan objek secara visual bagi memahami apa yang dilihat. Jadi apabila anda memakai aksesori yang kecil ataupun saiz biasa ia membuatkan anda kelihatan lebih besar.

     

    Hantar ke tukang jahit

    Tips yang paling penting, hantar baju untuk di-alter. Baju siap pakai memang direka supaya muat dan sesuai untuk bentuk badan yang berlainan. Ini adalah bagi menyenangkan semua orang yang mencari pakaian kategori baju orang gemuk. Jika baju-bajunya direka ‘fit’ untuk bentuk badan tertentu ia akan menyusahkan proses pemilihan untuk pemakai. Nanti muat di bahu tak muat di perut, muat di perut ketat di dada pula. Jadi pilih la ‘template’ baju yang anda paling suka lepas tu boleh kasi adjust dengan brader di tukang jahit sejati berdekatan.