Categories
Price Range
Manufacturers
Themes

    Susah Nak Cari Pakaian Size Besar yang Tepat?

    pakaian size besar susah dicari

    Selalu bila pergi membeli-belah pilihan pakaian plus size sangatlah limited.Sudahlah susah nak cari, lagi pedih bila label kata XXL tapi bila angkat alahai realitinya size tu setakat L je. So kenapa susah sangat nak cari pakaian size besar ni?

    Salah satu faktornya adalah secara relatif industri ‘plus size’ ni masih agak muda dalam industri fesyen Malaysia. Walau bagaimanapun permintaan untuk kategori ini semakin meningkat dan makin banyak designer yang mula mengadakan option plus size dan ada juga designer label yang memang designya dikhaskan untuk fesyen pakaian size besar.

    Selain itu banyak juga baju siap pakai yang dipasaran kualitinya kurang memuaskan, baru pakai 2-3 bulan dah koyak ataupun jahitannya tak kemas. Selalunya ini berlaku oleh sebab pembekal mahu mengurangkan kos dengan menggunakan kain kualiti rendah ataupun nipis dan tukang jahit yang memberi kualiti jahitan ala kadar.

    Jadi jika anda sudah jumpa designer baju plus size yang membuat baju dari kain dan jahitan berkualiti- jangan lupa untuk kongsi dengan rakan-rakan, sebab memang tak senanglah nak jumpa. Hari ini kami nak share pula tips-tips macam mana anda boleh dapat membuat pilihan terbaik apabila membeli-belah pakaian size besar.

    Apabila mencari dan memilih pakaian :

    • Jangan fokus pada label size
    • Mengenal pasti bentuk atau siluet badan anda
    • Corak dan warna itu penting
    • Jangan lupa pakaian boleh di-’alter’


    Apa ada pada label?


    Rasanya semua pernah alami pengalaman ni: XL di kedai sesuai sangat, pergi ke kedai B size XL juga tapi tak muat pula. Bila dalam situasi ini jangan takut untuk cuba size yg lebih besar. Apa yang anda perlu tahu, lain jenama ada cara mereka sendiri apabila mengukur apa itu M, L, XL sehinggalah XL. Jadi jangan risau, bukan anda dah tambah berisi cuma ukuran baju itu yang berlainan. 

    Jadi jangan pilih baju ikut label, tetapi pilih baju ikut mana yang ngam. Bila anda memakai pakaian yang lebih kecil dari badan anda bukan sahaja nanti tidak selesa tetapi juga membuatkan anda kelihatan lebih besar.

     

    Apakan bentuk atau siluet badan anda?


    Secara tipikal, siluet ideal untuk lelaki adalah badan ‘V’ dan  wanita pula adalah siluet jam pasir atau lebih dikenali sebagai ‘hourglass’. Tetapi realitinya badan kita semua berlainan bentuk. Luangkan sedikit masa untuk mengenal pasti bentuk badan anda. Tahu tak dengan cara ini, anda boleh memilih pakaian size besar anda akan jadi lebih cepat? Apabila anda sudah tahu potongan dan jenis baju yang sesuai dengan badan anda, anda boleh terus elak dari memilih baju dan seluar yang tidak sesuai.

     

    Jika anda lelaki yang berbadan ‘oval’, jadi anda boleh memilih pakaian yang lebih longgar di bahu dan seluar yang lebih fit dan elakkan seluar ‘baggy’ sama sekali. Manakala jika anda perempuan yang berbentuk badan ‘epal’- bidang bahu yang besar dan pinggul yang agak kecil; Anda boleh dapatkan siluet ‘hourglass’ dengan memakai seluar potongan bootcut atau flare untuk lebih menampakkan ‘curve anda’.

     

    Corak dan warna penting ke?


    Teramatlah penting. Memilih corak yang salah boleh menampakkan anda bukan sahaja selekeh tetapi juga lebih besar. Pilih corak sama ada yang besar ataupun yang betul-betul halus- apabila corak berulang terlalu banyak kali ia menampakkan badan lebih besar dan pemakai kelihatan agak celaru dan semak. Kalau memilih corak bergarisan- pilih garisan menegak. Corak menegak buat mata fokus atas bawah dan mengelakkan mata dari visual kiri kanan yang menampakkan badan lebih lebar.

    Sering kali kita dengar nasihat apabila memilih dan membeli pakaian size besar lebih selamat untuk memilih warna gelap. Tapi takkan setiap hari nak bermurung? Jangan takut untuk memakai warna kegemaran anda. Apabila memakai warna terang, anda boleh padankan dengan potongan yang fit ataupun pilih baju yang ada kombinasi dengan warna lain. Apabila anda kombinasi warna terang dan gelap ia mencipta gangguan visual dari menampakkan badan besar.

     

    baju dan pakaian saiz besar

    Jangan lupa tentang tukang jahit.


    Pernah tak nampak baju atau seluar yang ‘perfect’ sangat, sekali bila try- bahu ngam tapi gelebeh di pinggang?

    Tak semua orang yang membeli pakaian size besar memiliki badan yang sama, ada yang kecil di atas dan ada yang kecil di tengah. Jangan putus asa awal sangat, kalau baju nya dah ‘perfect’ tapi cuma satu atau dua bahagian agak terlebih besar, anda boleh hantar untuk di-alter. Apa yang penting, pastikan potongan gaya asal dan corak yang dipilih adalah apa yang anda mahukan (dan sesuai dengan siluet anda). Ingat, alteration adalah untuk ‘mengemaskan’ potongan atau jahitan pakaian itu, bukan untuk membesarkan.